Pada 23 oktober 2011 lalu, saya dan rakan kumpulan, Siti Nur Aisyah telah pergi ke Pusat Sains Negara (PSN) bagi menyempurnakan tugasan Awal Sains yang diberi oleh pensyarah kami, Puan Kamariah (Puan Kay).
Kami memilih Pusat Sains Negara kerana di sana terdapat pelbagai aktiviti berkaitan sains yang menarik dan salah satunya mempunyai kesinambungan dengan pembelajaran sains yang telah kami rancang dan akan diajarkan kepada kanak-kanak di bilik darjah. Pada mulanya kami merancang untuk ke Petrosains KLCC. Tetapi memandangkan kepada harga tiket, dan mengambil kira soal saya dan Aisyah yang tidak mempunyai kenderaan, kami telah memilih untuk pergi ke PSN, setelah membuat perbincangan dengan rakan sekelas yang lain.
Pusat Sains Negara terletak dalam jarak yang berhampiran dengan kolej selain tiketnya yang murah dan berpatutan. Kami telah pergi ke sana bersama-sama dengan Margaret.
Pelbagai maklumat yang kami dapati selama lebih kurang 3 jam dalam kawasan pameran tersebut. Semakin jauh kami menjelajah ke dalam Pusat Sains tersebut, semakin banyak ilmu dan pengalaman yang kami dapati menerusi kepelbagaian aktiviti yang telah kami cuba dan terokai.
Kami memilih untuk melakukan aktiviti bayang-bayang dengan mengaitkan sinaran cahaya yang boleh menghasilkan bayang-bayang apabila dihalang oleh suatu objek legap. Konsep tersebut memang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kesinambungan dalam aktiviti pembelajaran di kelas yang kami rancang, iaitu mempunyai kaitan dengan bayang-bayang.
Menerusi perancangan aktiviti tersebut, saya dan Aisyah telah menambah beberapa aktiviti lain yang dirasakan bakal menyeronokkan kanak-kanak.
Saya sertakan gambar-gambar sepanjang lawatan kami ke PSN :
|
Selamat tiba di PSN, beratur untuk membeli tiket |
|
Harga tiket yang berpatutan, sesuai untuk membawa seisi keluarga |
|
1 |
|
2 |
|
3 |
|
cermin |
|
cara bergerak di tempat yang tiada graviti |
|
aktiviti rod |
|
badan terbentuk di bahagian hadapan |
|
1 |
|
2 |
|
1 |
2
|
1- batu yang mempunyai bunyi berlainan |
|
2. Saya mencuba bermain |
|
1. gendang |
|
2. |
|
3. Apabila gendang dipukul, disk-disk kecil akan bergerak setempat mengikut arah gendang
|
Menerusi kaedah lawatan sambil belajar ini saya mendapati ianya dapat membuatkan kanak-kanak teruja selain mengukuhkan kefahaman mereka terhadap sesuatu topik pembelajaran itu. Kaedah ini perlu diamalkan agar kanak-kanak dapat meluaskan lagi pengetahuan mereka disamping membuka ruang pergaulan sosial kanak-kanak dengan komuniti yang berada di sekeliling mereka.
Selain itu pengajaran sains pada peringkat awal kanak-kanak dapat memberikan pendedahan awal kepada mereka untuk berfikir dengan lebih kritis terhadap setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak akan lebih menghargai, mengagumi serta menjaga alam ini dengan sebaiknya daripada kemusnahan kerana mereka telah terdidik untuk mencintai alam kurniaan Tuhan ini semenjak dari usia kecil.
Kami akan membuat laporan lengkap serta menambah baik lagi rancangan pengajaran yang akan dibentangkan kepada pensyarah dan rakan sekelas pada tarikh yang telah ditetapkan. Diharap sedikit pengetahuan yang kami akan kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua yang mendengarnya.
Use this diet hack to drop 2 lb of fat in just 8 hours
ReplyDeleteMore than 160 thousand women and men are hacking their diet with a simple and SECRET "liquid hack" to burn 2lbs every night as they sleep.
It's very easy and works on anybody.
You can do it yourself by following these easy steps:
1) Take a clear glass and fill it with water half the way
2) Now learn this strange HACK
you'll become 2lbs thinner as soon as tomorrow!