Tuesday, 27 December 2011

Eksperimen Aiskrim

Pada 10 Disember yang lalu, saya telah membuat satu persembahan micro teaching di kelas Awal Sains. Untuk sesi micro teaching  ini saya telah memilih tajuk bagaimana ais terhasil. Tujuan RP ini adalah untuk mengajar murid berkaitan proses pembekuan air iaitu dari air menjadi ais.

Eksperimen yang saya jalankan untuk membuktikan proses ini adalah dengan membuat aiskrim. Tunjang yang saya gunakan untuk merancang RP ini ialah ST 2.4.2, iaitu membuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman lepas.

Objektif P&P saya adalah membuat ramalan atau andaian berkaitan apa yang akan berlaku ke atas air setelah dicampurkan dengan lain-lain bahan seerti ketulan ais dan garam.

Hasil pembelajaran yang sepatutnya diperolehi ialah menggalakkan murid untuk membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman lepas.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1. Plastik zip kecil
2. Plastik berzip yang besar
3. Kotak air berperisa
4. Satu peket garam kasar
5. Satu plastik ketulan ais
6. Surat khabar lama
7. Tuala besar atau kain pembalut
8. Musking tape


Cara-cara menjalankan aktviti ini : 


SET INDUKSI
Murid ditunjukkan air dan ketulan ais. Kemudian guru meminta murid menyatakan perbezaan antara sifat air dan sifat ais. Seterusnya murid diterangkan secara kasar bagaimana air boleh membeku menjadi ais.

PENGUKUHAN 1 - TUNJUK CARA
Guru menunjukkan cara bagaimana menghasilkan ais (proses pembekuan) menggunakan air susu berperisa. Eksperimen ini dipanggil "Mari Buat Aiskrim Anak-anak"

Cara-cara membuat aiskrim
1. Masukkan susu berperisa ke dalam plastik berzip yang kecil
2. Buangkan udara di dalam plastik tersebut
3. Zipkan plastik dengan kemas supaya susu tidak tumpah
4. Masukkan ketulan ais ke dalam separuh plastik besar yang juga berzip
5. Tuangkan separuh daripada satu peket garam kasar ke dalam plastik yang berisi ketulan ais
6. Masukkan plastik yang berisi susu tadi ke dalam plastik ketulan ais
7. Masukkan semua ketulan ais ke dalam plastik besar sehingga penuh
8. Tuangkan baki garam ke dalam plastik besar itu
9. Zipkan plastik besar dengan kemas supaya ais tidak terkeluar
10. Bungkus plastik tersebut menggunakan surat khabar yang banyak
11. Balut dengan musking tape  supaya bungkusan tidak terbuka
12. Dengan bantuan tuala, bungkusan tersebut diletakkan ditengah bahagian tuala dan pintal tuala menjadi bentuk gula-gula
13. Secara berpasangan pegang setiap hujung tuala dan goyang-hayunkan
14. Hayunkan bungkusan tuala lebih kurang 3 minit
15. Buka bungkusan dan lihat hasilnya

PENGUKUHAN 2
Kanak-kanak diberi peluang untuk menghasilkan aiskrim sendiri, pada masa yang sama mereka bersoal jawab berkaitan proses pembekuan yang telah diterangkan dalam set induksi. Beri kanak-kanak rasa aiskrim yang telah dihasilkan oleh mereka sendiri

PENUTUP
Kanak-kanak bersoal-jawab berkaitan eksperimen seperti proses sebelum, semasa dan selepas eksperimen ais krim dijalankan.

No comments:

Post a Comment