Kelas | : | Tadika |
| | |
Tarikh | : | 31-Disember-2011 |
| | |
Masa | : | 20 minit |
| | |
Bilangan Murid | : | 15 Orang |
| | |
Umur | : | 4-5 Tahun |
| | |
Tema | : | Alam Sekitar |
| | |
Tajuk | : | Bayang-bayang(Boleh Dilihat Tetapi Tidak Boleh Ditangkap) |
| | |
Tunjang Utama | : | Sains dan Teknologi |
| | |
Standard Kandungan | : | (ST 5.1) meneroka fenomena alam yang biasa dijumpai seperti cuaca, pelangi dan bayang-bayang |
| | |
Standard Pembelajaran | : | (ST 5.1.1) menghasilkan bayang-bayang menggunakan pelbagai objek |
| | |
Kesatuan Tunjang | : | (KTI 1.2.3) menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti |
| | |
Objektif | : | Di akhir sesi pembelajaran dan pengajaran, kanak-kanak dapat 1. menghasilkan bayang-bayang dengan menggunakan pelbagai objek |
| | |
Bahan | : | Kertas mahjong, pen marker, lampu suluh, alatan mewarna |
MASA | LANGKAH | CATATAN (ABM) |
3 minit (set induksi) | 1. Kanak-kanak duduk dalam bulatan besar 2. Kanak-kanak menjalankan aktiviti circle time 3. Kanak-kanak ditanyakan beberapa soalan mudah berkaitan bayang-bayang seperti : Ø Adakah mereka pernah melihat bayang-bayang? Ø Bilakah bayang-bayang akan muncul? Ø Bolehkah kita memegang bayang-bayang? 4. Kanak-kanak diterangkan terlebih dahulu berkaitan konsep asas bagaimana bayang-bayang terbentuk, iaitu, cahaya tidak boleh melalui objek yang legap, maka terhasillah bayang-bayang di belakang objek tersebut 5. Kanak-kanak dan guru kemudiaannya menyanyikan lagu berkaitan bayang-bayang. | · Lirik lagu bayang-bayang Ada bayang (2x) Ada bayang Belakang kita Warna hitam (2x) Warna hitam Takutnya Kita bangun Dia bangun Kita duduk Dia duduk Kita jalan Dia jalan Kita lari Dia ikut |
8 minit (langkah 1) | 1. Kanak-kanak duduk dalam bulatan besar dan lampu kemudiannya dipadamkan 2. Kanak-kanak dibiarkan berada dalam keadaan gelap buat seketika dan perhatikan apa reaksi mereka. 3. Lampu suluh di nyalakan dan disuluhkan kepada satu objek 4. Kanak-kanak diminta untuk perhatikan bayang-bayang yang wujud di sebalik objek berkenaan 5. Kanak-kanak kemudiannya diminta berada di belakang cahaya lampu suluh 6. Letakkan satu objek (kereta mainan) dan halakan cahaya lampu suluh tepat ke arah objek berkenaan 7. Kanak-kanak diminta perhatikan apakah imej bayang-bayang yang terhasil Ø Adakah bayang-bayang serupa dengan objek sebenar? Ø Adakah bayang-bayang sama saiz dengan objek sebenar? 8. Ulang langkah 6 dengan menggunakan objek lain yang kanak-kanak minta | · Lampu suluh · Kereta mainan · Objek lain sebagai bahan ujian |
8 minit (langkah 2) | 1. Kanak-kanak dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil 2. Setiap kumpulan diberikan bahan untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan 3. Kertas mahjong di tampalkan di dinding 4. Dalam kumpulan, seorang kanak-kanak akan menghalakan lampu suluh ke kertas mahjong 5. Seorang kanak-kanak lain pula akan membuat satu bentuk menggunakan tangan sendiri bagi menghasilkan bayang-bayang berupa haiwan 6. Guru melakar bayang-bayang yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada mahjong menggunakan pen marker 7. Langkan 5 di ulangi oleh ahli kumpulan masing-masing secara bergilir bagi merasai pengalaman bermain dengan bayang-bayang | · kertas mahjong · sellotape · pen marker · lampu suluh |
8 minit (langkah 3) | 1. Setiap kumpulan diberikan alatan mewarna untuk menghias hasil lakaran bayang-bayang mereka yang terdapat pada kertas mahjong 2. Setiap bayang-bayang hendaklah di labelkandengan betul 3. Pamerkan hasil kreativiti di hadapan kelas | · alatan mewarna / menghias |
3 minit (refleksi) | 1. Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru mengenai aktiviti yang telah dijalankan 2. Kanak-kanak menyanyikan lagu bayang-bayang sekali lagi bersama-sama 3. Kanak-kanak diminta mengemas dan menyimpan semula semua bahan yang telah digunakan di tempat yang betul. | · Lirik lagu bayang-bayang |
No comments:
Post a Comment