Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Saya telah diminta untuk menyiapkan tugasan bagi subjek awal sains berkaitan kempen yang telah, sedang atau akan di jalankan di dalam mahupun di luar negara. Setelah mencari-cari, akhirnya saya telah mengambil keputusan untuk membuat mengenai kempen seperti di bawah :
Kempen Menanam 26 Juta Pokok
Sempena Hari Bumi Sedunia, negara kita ingin melancarkan kempen di seluruh negara untuk menanam 26 juta pokok menjelang 2014. Angka 26 juta dipilih berdasarkan kira-kira 26 juta penduduk Malaysia pada ketika ini.
Tema bagi kempen yang saya kaji ini adalah Hijaukan Bumi dan slogannya pula Satu Warga, Satu Pokok.
Tarikh Pelancaran:
22 April 2010 sehingga 2014
Sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia
Untuk pengetahuan semua pembaca, sekarang ini, sebanyak 16,200 pokok telah ditanam dengan 500 daripadanya ditanam di tapak pelancaran itu sendiri.
Pokok merupakan aset semulajadi dan menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memeliharanya
setiap perkara yang dilakukan di muka bumi nih pasti akan ada sebab tertentu...
sama lah jugak ngn kempen tanam pokok ni....
mai kiter kaji ape objektif kempen nih sebenarnya...
objektif kempen :
- Tujuan pemeliharaan adalah bagi menjamin sumber akan datang bagi genarasi akan datang untuk sama-sama menikmatinya.
- Bahagian VA Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) memberi perlindungan khas kepada pokok-pokok matang untuk memastikan ianya tidak ditebang dan sistem ekologi semasa sesuatu kawasan dapat dikekalkan.
- Seksyen 35A memberi kuasa pada pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) untuk mengeluarkan perintah pemeliharaan pokok yang terancam kepupusan atau yang mempunyai nilai-nilai istimewa.
- selain itu, kempen tanam pokok ni jugak selaras dengan usaha kerajaan nak memastikan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan negara kiter ini dilitupi kawasan berhutan (maknanya banyak kan pokok dari bangunan)
P/S : Pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas di Presint 5 berhadapan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
banyak juga tempat lain yang melancarkan kempen ini...antara tempat-tempatnya adalah :
- Alor Setar, Kedah;
- Kangar, Perlis;
- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak;
- Bachok, Kelantan;
- Kemaman, Terengganu;
- Pulau Melaka, Melaka;
- Seremban, Negeri Sembilan;
- Kulai, Johor;
- Temerloh, Pahang;
- Padang Kota Lama, Pulau Pinang;
- Hulu Selangor, Selangor;
- Kota Kinabalu, Sabah; dan
- Petra Jaya, Sarawak.
Time Datuk Seri Unggah ngah lancarkan kempen itu, sempat beliau bagitau bahawa dianggarkan sekarang nih seluas 38,470 hektar kawasan hutan terosot, kawasan hutan yang telah dibalak, pesisiran pantai dan kawasan bandar akan ditanam pokok di bawah kempen ini menjelang 2014 - (banyak jugak kan tanah kita nak guna untuk program cam gini erk!!)
Ketika ini, katanya, jumlah keluasan kawasan berhutan adalah 56.4 peratus dan jika termasuk kawasan tanaman pertanian negara, ia meliputi 75 peratus daripada keluasan tanah negara.
Isu Alam Sekitar:
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. kita kan dah belajar pokok bagi oksigen kat manusia, manusia plak bagi karbon dioksida kat pokok...tapi, sekarang nih banyak sangat pencemaran yang berlaku...pencemaran udara lah, air lah...maka nya, nak dapat hirup udara segar makin payah terutama kawasan bandar...Manusia berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan dan kelangsungan hidup tapi akibatnya, pokok atau kawasan hutan diteroka dan ditebang...akhirnya sekarang nih dah makin berkurang kawasan hutan...kesan sume yang berlaku pada pokok banyak menyebabkan hakisan tanah, banjir, tanah runtuh la....(makin hari makin bajaya - lama2 nanti agaknya rare terus pokok nih)...manusia yang menjadi punca pencemaran itu sendiri..ianya hanya semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan diri (tak patut betul kan!!!). Pencemaran mengubah persekitaran sehingga keseimbangan alam terjejas
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. kita kan dah belajar pokok bagi oksigen kat manusia, manusia plak bagi karbon dioksida kat pokok...tapi, sekarang nih banyak sangat pencemaran yang berlaku...pencemaran udara lah, air lah...maka nya, nak dapat hirup udara segar makin payah terutama kawasan bandar...Manusia berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan dan kelangsungan hidup tapi akibatnya, pokok atau kawasan hutan diteroka dan ditebang...akhirnya sekarang nih dah makin berkurang kawasan hutan...kesan sume yang berlaku pada pokok banyak menyebabkan hakisan tanah, banjir, tanah runtuh la....(makin hari makin bajaya - lama2 nanti agaknya rare terus pokok nih)...manusia yang menjadi punca pencemaran itu sendiri..ianya hanya semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan diri (tak patut betul kan!!!). Pencemaran mengubah persekitaran sehingga keseimbangan alam terjejas
eeee...takut kan kalu lah kite tinggal kat area nih...bahaya!!! |
banjirrr...inilah akibat tiada hadangan dari pokok....penting kan pokok sebenarnya...emmm |
kalu kawan2 nak tau...Alam sekitar (ilmu dari puan kay sendiri) merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti flora dan fauna manakala yang bukan hidup plak di kemali sebagai abiosis contohnya batu, pasir, air, tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik dan perlu dijaga (dah serasi)...
Saranan :
dalam tugasan nih gak, puan Kay suh daku dan kawan yang len bagi saranan berkaitan kempen masing-masing...maka nya dengan ini daku ingin beri sikit saranan...cewahhh..dah cam ahli kabinet jer dah ara diri nih..wakakakah...(^_^)
Marilah kiter bersama-sama menyertai kempen nih memastikan dan menjayakan kempen ini dengan menanam pokok-pokok kat area umah mahupun kawasan lapang bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar serta menyelamatkan bumi dari pemanasan global. selain itu, kiter gak dapat hirup udara segar...(kalu ngah stress, g kat pokok then tarik nafas 2 3 kali...kompom pastu lega stress tuh...daku pernah wat n berkesan la gak)heheheh
Dengan cara menanam semula pokok, insyaAllah bumi akan semakin menghijau dan memberi sumber kehidupan kepada generasi penerus masa depan (tanam pokok durian, rambutan, manggis - lagi rasa pokok tuh sume bagi benefit lebih kat kiter...boleh makan buahnya, hirup udara segar, dan beri tempat berteduh..best kan...). Haiwan dan habitatnya serta tumbuh-tumbuhan pula dapat terus terpelihara dari kepupusan. Hargailah bumi kita.........
daku sertakan sedikit logo berkaitan kempen pokok...
sila lah intip intai...
=D...
.
salam, saya pelajar dari UIA. boleh saya ambil gambar Kempen Menanam 26 juta Pokok untuk tujuan kerja kursus?
ReplyDelete