Peah telah membuat satu presentation berkenaan belalang pada hari sabtu yang lepas. Pernah tidak kawan-kawan mendapat peluang untuk melihat belalang?
Belalang ini selalu dijumpai di kawasan padang yang luas tahu kawan-kawan. Belalang merupakan serangga herbivor kerana hanya memakan daun dan rumput sahaja. Suara yang terhasil daripada beberapa jenis belalang biasanya terjadi apabila tulang peha belakangnya bergeser dengan sayap depan ataupun abdomen, dan juga turut terhasil melalui kepakan sayapnya sewaktu terbang. Tulang peha belakang belalang yang panjang dan kuat sangat sesuai digunakan untuk melompat.
Belalang umumnya bersayap walaupun adakalanya sayap itu tidak dapat digunakan untuk terbang. Belalang betina umumnya berukuran lebih besar daripada belalang jantan.
Peah telah menyediakan beberapa keping flashcards berkenaan belalang sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk mengajar kanak-kanak. Flashcards ini dibuat sebagai salah satu tugasan subjek Awal Sains. Contoh flashcards Peah adalah,
Jawapan tidak perlu ditunjukkan, guru hanya perlu menunjukkan soalan dan biarkan murid memberikan jawapan mereka sebelum guru memberikan jawapan yang betul. Cara ini dapat meningkatkan kemahiran murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif.