Tuesday 27 December 2011

Eksperimen Aiskrim

Pada 10 Disember yang lalu, saya telah membuat satu persembahan micro teaching di kelas Awal Sains. Untuk sesi micro teaching  ini saya telah memilih tajuk bagaimana ais terhasil. Tujuan RP ini adalah untuk mengajar murid berkaitan proses pembekuan air iaitu dari air menjadi ais.

Eksperimen yang saya jalankan untuk membuktikan proses ini adalah dengan membuat aiskrim. Tunjang yang saya gunakan untuk merancang RP ini ialah ST 2.4.2, iaitu membuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman lepas.

Objektif P&P saya adalah membuat ramalan atau andaian berkaitan apa yang akan berlaku ke atas air setelah dicampurkan dengan lain-lain bahan seerti ketulan ais dan garam.

Hasil pembelajaran yang sepatutnya diperolehi ialah menggalakkan murid untuk membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman lepas.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1. Plastik zip kecil
2. Plastik berzip yang besar
3. Kotak air berperisa
4. Satu peket garam kasar
5. Satu plastik ketulan ais
6. Surat khabar lama
7. Tuala besar atau kain pembalut
8. Musking tape


Cara-cara menjalankan aktviti ini : 


SET INDUKSI
Murid ditunjukkan air dan ketulan ais. Kemudian guru meminta murid menyatakan perbezaan antara sifat air dan sifat ais. Seterusnya murid diterangkan secara kasar bagaimana air boleh membeku menjadi ais.

PENGUKUHAN 1 - TUNJUK CARA
Guru menunjukkan cara bagaimana menghasilkan ais (proses pembekuan) menggunakan air susu berperisa. Eksperimen ini dipanggil "Mari Buat Aiskrim Anak-anak"

Cara-cara membuat aiskrim
1. Masukkan susu berperisa ke dalam plastik berzip yang kecil
2. Buangkan udara di dalam plastik tersebut
3. Zipkan plastik dengan kemas supaya susu tidak tumpah
4. Masukkan ketulan ais ke dalam separuh plastik besar yang juga berzip
5. Tuangkan separuh daripada satu peket garam kasar ke dalam plastik yang berisi ketulan ais
6. Masukkan plastik yang berisi susu tadi ke dalam plastik ketulan ais
7. Masukkan semua ketulan ais ke dalam plastik besar sehingga penuh
8. Tuangkan baki garam ke dalam plastik besar itu
9. Zipkan plastik besar dengan kemas supaya ais tidak terkeluar
10. Bungkus plastik tersebut menggunakan surat khabar yang banyak
11. Balut dengan musking tape  supaya bungkusan tidak terbuka
12. Dengan bantuan tuala, bungkusan tersebut diletakkan ditengah bahagian tuala dan pintal tuala menjadi bentuk gula-gula
13. Secara berpasangan pegang setiap hujung tuala dan goyang-hayunkan
14. Hayunkan bungkusan tuala lebih kurang 3 minit
15. Buka bungkusan dan lihat hasilnya

PENGUKUHAN 2
Kanak-kanak diberi peluang untuk menghasilkan aiskrim sendiri, pada masa yang sama mereka bersoal jawab berkaitan proses pembekuan yang telah diterangkan dalam set induksi. Beri kanak-kanak rasa aiskrim yang telah dihasilkan oleh mereka sendiri

PENUTUP
Kanak-kanak bersoal-jawab berkaitan eksperimen seperti proses sebelum, semasa dan selepas eksperimen ais krim dijalankan.

Sunday 25 December 2011

Rancangan Pengajaran-Laporan

Rancangan mengajar



Kelas 
:
Tadika



Tarikh
:
31-Disember-2011



Masa 
:
20 minit



Bilangan Murid
:
15 Orang



Umur 
:
4-5  Tahun



Tema
:
Alam Sekitar



Tajuk
:
Bayang-bayang(Boleh Dilihat Tetapi Tidak Boleh Ditangkap)



Tunjang Utama
:
Sains dan Teknologi



Standard Kandungan              
:
(ST 5.1) meneroka fenomena alam yang biasa dijumpai seperti cuaca, pelangi dan bayang-bayang



Standard Pembelajaran          
:
(ST 5.1.1) menghasilkan bayang-bayang menggunakan pelbagai objek



Kesatuan Tunjang                  
:
(KTI 1.2.3) menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti



Objektif 
:
Di akhir sesi pembelajaran dan pengajaran, kanak-kanak dapat
1.    menghasilkan bayang-bayang dengan menggunakan pelbagai objek



Bahan
:
Kertas mahjong, pen marker, lampu suluh, alatan mewarna



MASA
LANGKAH
CATATAN (ABM)
3 minit
(set induksi)
1.    Kanak-kanak duduk dalam bulatan besar
2.    Kanak-kanak menjalankan aktiviti circle time
3.    Kanak-kanak ditanyakan beberapa soalan mudah berkaitan bayang-bayang seperti :
Ø  Adakah mereka pernah melihat bayang-bayang?
Ø  Bilakah bayang-bayang akan muncul?
Ø  Bolehkah kita memegang bayang-bayang?
4.    Kanak-kanak diterangkan terlebih dahulu berkaitan konsep asas bagaimana bayang-bayang terbentuk, iaitu, cahaya tidak boleh melalui objek yang legap, maka terhasillah bayang-bayang di belakang objek tersebut
5.    Kanak-kanak dan guru kemudiaannya menyanyikan lagu berkaitan bayang-bayang.

·         Lirik lagu bayang-bayang

Ada bayang (2x)
Ada bayang
Belakang kita
Warna hitam (2x)
Warna hitam
Takutnya
Kita bangun
Dia bangun
Kita duduk
Dia duduk
Kita jalan
Dia jalan
Kita lari
Dia ikut

8 minit
(langkah 1)
1.    Kanak-kanak duduk dalam bulatan besar dan lampu kemudiannya dipadamkan
2.    Kanak-kanak dibiarkan berada dalam keadaan gelap buat seketika dan perhatikan apa reaksi mereka.
3.    Lampu suluh di nyalakan dan disuluhkan kepada satu objek
4.    Kanak-kanak diminta untuk perhatikan bayang-bayang yang wujud di sebalik objek berkenaan
5.    Kanak-kanak kemudiannya diminta berada di belakang cahaya lampu suluh
6.    Letakkan satu objek (kereta mainan) dan halakan cahaya lampu suluh tepat ke arah objek berkenaan
7.    Kanak-kanak diminta perhatikan apakah imej bayang-bayang yang terhasil
Ø  Adakah bayang-bayang serupa dengan objek sebenar?
Ø  Adakah bayang-bayang sama saiz dengan objek sebenar?
8.    Ulang langkah 6 dengan menggunakan objek lain yang kanak-kanak minta

·         Lampu suluh
·         Kereta mainan
·         Objek lain sebagai bahan ujian
8 minit
(langkah 2)
1.    Kanak-kanak dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil
2.    Setiap kumpulan diberikan bahan untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan
3.    Kertas mahjong di tampalkan di dinding
4.    Dalam kumpulan, seorang kanak-kanak akan menghalakan lampu suluh ke kertas mahjong
5.    Seorang kanak-kanak lain pula akan membuat satu bentuk menggunakan tangan sendiri bagi menghasilkan bayang-bayang berupa haiwan
6.    Guru melakar bayang-bayang yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada mahjong menggunakan pen marker
7.    Langkan 5 di ulangi oleh ahli kumpulan masing-masing secara bergilir bagi merasai pengalaman bermain dengan bayang-bayang

·         kertas mahjong
·         sellotape
·         pen marker
·         lampu suluh
8 minit
(langkah 3)
1.    Setiap kumpulan diberikan alatan mewarna untuk menghias hasil lakaran bayang-bayang mereka yang terdapat pada kertas mahjong
2.    Setiap bayang-bayang hendaklah di labelkandengan betul
3.    Pamerkan hasil kreativiti di hadapan kelas

·         alatan mewarna / menghias
3 minit
(refleksi)
1.    Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru mengenai aktiviti yang telah dijalankan
2.    Kanak-kanak menyanyikan lagu bayang-bayang sekali lagi bersama-sama
3.    Kanak-kanak diminta mengemas dan menyimpan semula semua bahan yang telah digunakan di tempat yang betul.

·         Lirik lagu bayang-bayang



Tuesday 20 December 2011

Eksperimen gula, garam dan daun seleri

Saya dan rakan sekuliah telah dibahagikan kepada 8 kumpulan bagi menjalankan 8 eksperimen yang berlainan. Saya telah mendapat eksperimen yang ke-8, yang bertajuk "Adakah tumbuhan minum?". Bahan yang diperlukan adalah setangkai batang daun seleri, dan dua biji gelas yang mana gelas A mengandungi air bersama  garam yang telah dilarutkan (dua sudu besar garam) dan gelas B mengandungi air bersama gula yang juga telah dilarutkan (dua sudu besar gula).

Pembentangan perlu dilakukan pada 3 Disember 2011, dan eksperimen ini perlu saya lakukan sehari sebelum pembentangan. Justeru, pada malam 2 Disember saya telah melakukan eksperimen ini.

Saya telah memotong batang seleri daripada bahagian bawah hingga separuh bahagian atas kepada 2 bahagian. 


Seterusnya dua biji gelas sebentar tadi ditandakan dengan huruf A dan satu lagi dengan huruf B. 2 sudu besar garam telah saya larutkan ke dalam gelas A yang mengandungi air dan 2 sudu besar gula pula dilarutkan ke dalam gelas B yang juga mengandungi air.


Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar sepanjang eksperimen dijalankan :



Labelkan gelas sebagai A dan B


Dua sudu garam dan dua sudu gula

Batang seleri

Air

Isikan kedua-dua gelas dengan air


Masukkan 2 sudu besar gula ke dalam gelas B

Masukkan 2 sudu besar garam ke dalam gelas A

Larutkan

Potong separuh batang seleri kepada dua bahagian, pastikan tidak dipotong sehingga terputus dua


Hasilnya akan kelihatan sebegini


Kemudian bahagikan batang tersebut ke dalam kedua-dua biji gelas seperti yang ditunjukkan di dalam gambar




Secara kesimpulannya, menerusi pelaksanaan eksperimen ini, ternyata tumbuhan juga minum. Ini kerana dapat dirasakan kemasinan garam itu telah pergi ke bahagian dalam batang seleri apabila dirasa sendiri oleh saya. Ini jelas membuktikan bahawa tumbuhan juga memerlukan air untuk terus hidup.

Laporan lawatan ke Pusat Sains Negara

Pada 23 oktober 2011 lalu, saya dan rakan kumpulan, Siti Nur Aisyah telah pergi ke Pusat Sains Negara (PSN) bagi menyempurnakan tugasan Awal Sains yang diberi oleh pensyarah kami, Puan Kamariah (Puan Kay).


Kami memilih Pusat Sains Negara kerana di sana terdapat pelbagai aktiviti berkaitan sains yang menarik dan salah satunya mempunyai kesinambungan dengan pembelajaran sains yang telah kami rancang dan akan diajarkan kepada kanak-kanak di bilik darjah. Pada mulanya kami merancang untuk ke Petrosains KLCC. Tetapi memandangkan kepada harga tiket, dan mengambil kira soal saya dan Aisyah yang tidak mempunyai kenderaan, kami telah memilih untuk pergi ke PSN, setelah membuat perbincangan dengan rakan sekelas yang lain.

Pusat Sains Negara terletak dalam jarak yang berhampiran dengan kolej selain tiketnya yang murah dan berpatutan. Kami telah pergi ke sana bersama-sama dengan Margaret.


Pelbagai maklumat yang kami dapati selama  lebih kurang 3 jam dalam kawasan pameran tersebut. Semakin jauh kami menjelajah ke dalam Pusat Sains tersebut, semakin banyak ilmu dan pengalaman yang kami dapati menerusi kepelbagaian aktiviti yang telah kami cuba dan terokai.

Kami memilih untuk melakukan aktiviti bayang-bayang dengan mengaitkan sinaran cahaya yang boleh menghasilkan bayang-bayang apabila dihalang oleh suatu objek legap. Konsep tersebut memang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kesinambungan dalam aktiviti pembelajaran di kelas yang kami rancang, iaitu mempunyai kaitan dengan bayang-bayang. 

Menerusi perancangan aktiviti tersebut, saya dan Aisyah telah menambah beberapa aktiviti lain yang dirasakan bakal menyeronokkan kanak-kanak.

Saya sertakan gambar-gambar sepanjang lawatan kami ke PSN :


Selamat tiba di PSN, beratur untuk membeli tiket

Harga tiket yang berpatutan, sesuai untuk membawa seisi keluarga



1

2

3

cermin 

cara bergerak di tempat yang tiada graviti
aktiviti rod

 badan terbentuk di bahagian hadapan

1

2

1

2

1- batu yang mempunyai bunyi berlainan

2. Saya mencuba bermain

1. gendang

2. 

3. Apabila gendang dipukul, disk-disk kecil akan bergerak setempat mengikut arah gendang


Menerusi kaedah lawatan sambil belajar ini saya mendapati ianya dapat membuatkan kanak-kanak teruja selain mengukuhkan kefahaman mereka terhadap sesuatu topik pembelajaran itu. Kaedah ini perlu diamalkan agar kanak-kanak dapat meluaskan lagi pengetahuan mereka disamping membuka ruang pergaulan sosial kanak-kanak dengan komuniti yang berada di sekeliling mereka.

Selain itu pengajaran sains pada peringkat awal kanak-kanak dapat memberikan pendedahan awal kepada mereka untuk berfikir dengan lebih kritis terhadap setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak akan lebih menghargai, mengagumi serta menjaga alam ini dengan sebaiknya daripada kemusnahan kerana mereka telah terdidik untuk mencintai alam kurniaan Tuhan ini semenjak dari usia kecil.

Kami akan membuat laporan lengkap serta menambah baik lagi rancangan pengajaran yang akan dibentangkan kepada pensyarah dan rakan sekelas pada tarikh yang telah ditetapkan. Diharap sedikit pengetahuan yang kami akan kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua yang mendengarnya.